Jejak Beijing Day 1

12:45:00 AM

Disebabkan aku dah semak dengan blog lama, so aku akan mengtransferkan semue post dari blog lame ke sini. Yelah taknakla hilang macam tu je kan. Lagipun, bukannya banyak pun. Adela dalam 4-5 post. Hahah. Jadi, aku akan start dengan Beijing dulu. Sebab tula trip yang paling banyak entry setakat ini.
 
Date of Travelling: 18-24 Feb 2012
Flight Ticket Price: RM 500
Visa: RM 30
 
At that time,visa 30rm jek. Aku rasa macam dah naik jek sekarang nie harganya. Nak apply visa nie tersangatla mudah. Isi form tu lepas tu submit, bayar. Boleh collect kat China Embassy after 3-4 days. Kami apply visa nie in mid of January. Kalau nak apply visa seharusnya 3-4 weeks before tarikh nak travel. Oh ya kami nie bukan merujuk kepada Mr. Traveler. Tapi, kawan perempuan aku yang bernama Nad.Nie masa zaman anak dara nie.
 
Aku rase trip Beijing nie epik sangat. Sebab aku pergi tanpa completekan Final Tesis aku. Mase tu, Supervisor aku nak balik India dan bercuti lama. Kiranya, tesis tu kene completekan before die balik India la. Selamber jek aku fly dan mintak tolong kawanku yang bernama Amy untuk tampal gambar, amek sign Dean la. Dalaa ade 4 copies huhu. Amy, if u are reading this, u know I owe u so much!! Tapi, walaupun begitu, aku tetap bercuti dengan gembiranya. Hahaha.
 
Mase nak pergi tu pun aku nyaris-nyaris nak miss flight dah. Bayangkan flight pukul 8.30 pagi tapi pukul 7.15 pagi, aku masih lagi dalam bas. Oh ya, masa nie AA airport kat LCCT. Aku naek ERL dari Putrajaya Sentral sampai ke Salak Selatan. Lepas tu, naik bas. Mase aku dalam bas, si Nad nie berpuluh-puluh kali call aku. Die kata counter drop bag nak tutup dah. Alamak, barang dalaa banyak. Yela musim winter kan, haruslah bawak banyak baju. Aku dah pikir dah nak tinggalkan barang ape kalau counter dah tutup. Alhamdulillah, mase aku sampai, counter masih bukak lagi sebab Nad dok merayu-rayu kat akak tu. Hihi.
 
Dari KL ke Tianjin, Beijing mengambil masa selama 6 jam. Tianjin Airport tak menarik pun, so takdela gambar kat sini. Lepas dah setel hal immigresen semue, kami pun cari jalan nak naek bullet train ke Beijing. Tianjin nie luar dari Beijing. Mengambil masa dalam 30 minit naek bullet train tu. Dekat luar airport tu ada shuttle bas ke Tianjin Station. Mengambil masa dalam 30 minit jugak. Harga tiket bas tu cuma 15 RMB. From now on, aku akan gune RMB for the currency ya. Sebelum nak masuk station tu, kene drop bag for inspection. Ala-ala kat airport la. Semua train station kat Beijing nie kene inspect. Bagi aku, agak leceh jugak kalau bawak backpack yang besar tu kan. Masuk jek kat dalam Tianjin Station tu, woahhhhhh. Besar gilerr kot station die nie. Nah, hangpa tengokla gambar kat bawah nie.
 
Tianjin Station dari luar. Dah macam Stadium kan?
Nad + Malaysia Backpacker yang sama-sama cari jalan ke Beijing. 

Harga tiket train cuma 55 RMB. Ini yang paling murah. Ade banyak class so boleh pilih nak class yang mane. Lajuuu oiii train nie. Kalau berdiri kat luar train nie, skirt boleh terbang wooh. Seat die tersangatla comfortable. Tapi, tak boleh nak tidur pun sebab sekejap sangat. Dalam perjalanan, kami menghayati sunset ketika itu.


Train no: C2060; Couch no: 8; Seat no: 14
Kelajuan ialah 292km/h. Super fast!!

Sunset View.
 
Setelah sampai di Beijing South Station, misi mencari hotel pulak. Nad dah siap-siap booking hostel sebelum fly lagi. Mujur jugak sebab sampai Beijing pun dah malam. Berpandukan kaunter pertanyaan tadi, stesen terdekat dengan hostel kami ialah Dongsi Stesen. Ya Allah, punyalah banyak line train depa nie tapi aku rasa taklah payah sangat macam kat Malaysia nie. Semuanya satu jenis saja. Pakai satu kad. Taklah macam kat sini. Dah naek KTM, tukar pulak naik LRT Star. Pastu pulak, LRT Putra. Ok dah stop membebel. Tambang pulak cuma 2RMB untuk perjalanan sehala. Dari hujung stesen ke hujung belah sana pun 2RMB jugak. Mampooo ko?Jadi, line kami berbunyi begini:
 
Beijing South Station (Line 4)- Xidan (Line 1)- Dongdan (Line 5)-Dongsi (Line 5)
  
Tambang cuma 2RMB sahaja.
 
Line banyak tapi takkan sesat punyalah.
 
Lepas keluar dari Dongsi Stesen, kat sini agak mencabar sikit. Tanya orang, semua tak tahu. Last sekali kami naik macam beca tu tapi mahai la jugak tambang die. Malas nak tawar menawar sebab badan pun da penat. Harga pun dah tak ingat. Maafkan saya. Gambar hostel pun lupa nak ambil selama dekat seminggu duduk situ. Nie pun gambar ihsan pakcik gogel. Tapi, sangat recommended hostel nie. Murah, selesa, dan sebelah hostel nie ade kedai halal. Memang sepanjang kami duduk sini, kami duk melantak situ jela.
 
No. 161 Hostel. Sangat recommended!
 
Portion die sangatlah besar. Boleh makan untuk 2 orang nie hoi.
 
Tamatlah sudah hari pertama kami. Bukan cerita Beijing nie tau. Harapnye cepatlah aku habiskan entry Beijing aku nie kan. Banyak tempat best nak hupdate nie. Tetibe teringin pulak nak repeat balik. Nak buat dengan Mr. Traveller pulak. Banyak nau duitnya. Huahuahua.
 
 

You Might Also Like

0 comments

THE FOLLOWERS