INCREDIBLE INDIA DAY 2 I PAHALGAM, KAMI DATANG!!

2:34:00 AM

Day 2- 4 May 2017


Pengalaman naik dengan Go Air agak memuaskan. Flight pun tak delay. Kami sampai di Srinagar Airport pada pukul 7 pagi. Di India, pukul 6 pagi tu dah cerah. Kiranya kalau naik flight pukul 5.40 pagi tu takdela gelap gelita. Dah nak sunrise dah pun. Kami plan nak terus ke Pahalgam tapi tak ketahuan lagi nak naik apa. Aku ada dapat contact soram driver nie, namanya Baba tapi punyalah payah nak communicate dengan die dekat whatsapp. Tu yang main redah jek ni.  


Keluar jek dari boarding gate, ade soram mamat nie approach us. Aku ingatkan travel agent so kami buat podak jelah. Rupenye oram imigresen hahaha. Die nak bagi borang utk tourist isi. Ala macam kad putih tu kalau pergi Singapore. Dia membebel-bebel sebab kami buat podak masa dia nak bagi form. Dah kau pakai macam travel agent, memangla oram tak layan. Masa tengah isi, barulah real travel agent datang. Macam-macamlah tanya. Kami macam biasa buat podak dan terus keluar lepas isi form. Di luar airport, ada satu pondok tulis Prepaid Taxi Counter. Itu untuk sewa kereta + driver for 1 way perjalanan. Dekat situ, tak boleh nak bargain sebab harga dah fix. So, kami decide untuk amek jek prepaid taxi nie ke Pahalgam sebab dah takde option lain. 


Dah sampai Srinagar. Sejuk hoiiii!!

Prepaid Taxi Counter di luar Airport.
Suhu ketika ini agak dingin. Kene pakai jaket jugakla cerita dia. Walaupun dah nak masuk musim panas tapi sejuk die sampai ke tulang woo. Perjalanan dari Srinagar ke Pahalgam mengambil masa selama 3 jam. Tapi series cakap, kau memang tak akan rasa boring sepanjang perjalanan sebab pemandangan cantek beb. Banyak kali jugak kami berhenti untuk ambil gambar. Sepanjang perjalanan di kiri kanan ade mustard field. Teruja beb tengok bunga kaler kuning. 

Anak sungai dalam perjalanan ke Pahalgam.

Mustard field with mountain as the background.

3 dara pingitan.

Tujhe Deka To ye Jana Sanammmm...

Ketika di perjalanan, kami melalui satu pekan. Tak ingat nama pekan apa. So kami mintak driver berhenti kejap untuk kami membeli makanan sikit. Tiba-tiba terpandang ade satu bangunan yang agak familiar. Rupanya, itulah masjid yang mak Shahida berdoa untuk Shahida boleh bercakap balik. (Bajrangi Baijan). Bollywood sangat. Nama tempat tu Ziyarat Syarif. Nanti aku share keadaan dalam tu. Agak scary hokayyy. Aku agak pelik jugak dekat sini. Walaupun aku bertudung, diorang tak anggap aku sebagai Muslim sampailah kami bagi salam dan mengaku muslim. Hahaha.

Sayur-mayur freshhh. Syokkkk.

Atas tulah masjid mak Syahida. Hahah.

Kepala kambing pun jual hoiiii.

Roti paling besar pernah jumpa. 4 oram makan pun tak habis.

Kuih traditional Kashmir.

Kedai gunting rambut. ke jambang??

Kami checkin di Kashmir House, Pahalgam. View gunung tapi berada di kawasan kedai-kedai. Agak busy jugak disitu. Sampai di hotel lebih kurang tengah hari. So kami rilek kejap, makan roti yang besar tu cicah dengan kari Brahim. Dalam pukul 3 petang, barulah kami pusing-pusing area Pahalgam. Kami mintak hotel untuk callkan local transport. Oh ya, even kita pakai driver dari Srinagar, driver tersebut tidak boleh dipakai untuk melawat kawasan di Pahalgam, Sonamarg dan Gulmarg. Kene pakai local transport. Jadi, kami decide untuk melawat 3 kawasan di Pahalgam iaitu Aru Valley, Betaab Valley dan Chandanwari. Ya Allah, cantek sangat kesemua tempat nie. Pahalgam memang full of beauty. Nah layan gambar kat bawah.

Sungai utama di Pahalgam. Lidder River.
Awal perjalanan ke Aru Valley.
Kami sudah sampaiii!!

Mendamaikan.


Kasmiri Village.
Bercanda di Aru Valley.

Betaab Valley. 2nd pit stop.

Sis koya Kareena Kapoor hahaha.

Bercanda di Betaab Valley.

Sis merenung masa depan.

Buat post wedding kat sini memang marveles.

Cantek giler Betaab Valley nie.

Penuh Kambing. Kalau kat Malaysia nie, dah jadi jutawan.

Punca jem di Pahalgam.

Kashmiri Kalli. Pantang hulur, menderu budak-budak nie.

The road not taken. Bayangkan si Gullam tu bawak kereta macam brek tu makan giler.

So inilah Gullam yang glemer tu.

Recommended untuk ambil dengan Gullam ketika di Pahalgam. Actually, kami pun kebetulan dapat dia. So if you want to reserve driver, kite kene call taxi stand di Pahalgam. So di sana, diorang akan bagi driver yang available. Bila kami borak-borak dengan Gullam nie, barulah tahu inilah Gullam yang selalu diceritakan oleh traveller yang pernah ambik die as guide. Service memang tip-top. Dia akan bawak sampailah makan malam dan seterusnya ke hotel. 
On the way to Chandanwari.

Tengok gaya pun dah tau si Gullam nie sporting.

Sis koya lagi ala-ala Bollywood. Di Chandanwari.

Bercanda lagi di Chandanwari.

Macam lukisan kan kat belakang tu.

Sis teruja jumpa snow 1st time. Walaupun snow sendu-sendu.

Ketika di Chandanwari, jam baru pukul 6 petang tapi dah nak maghrib. Masa nie rasa sejuk gila. Rupenya suhu dah cecah 0 degree. Disebabkan tak tahan sejuk sebab kami cuma pakai light jacket, terus ajak Gullam balik. Sebelum balik, Gullam bawak kami makan di satu restoran iaitu Restoran Food Point. Nasi beriani series terbaik. Tak sempat nak amek gambar. Lapar gila. 

Habis day 2. Day 2 pun dah banyak gambar. Bertabahla. Hahha.


Budget untuk Day 2:

Srinagar ke Pahalgam dengan prepaid taxi= Rs 2,800/taxi
Local Taxi di Pahalgam (Aru valley, Betaab Valley & Chandanwari)= Rs 1,600/ taxi
Kashmir House= Rs 800/ room

Total: Rs 1,500/ pax


You Might Also Like

2 comments

THE FOLLOWERS