INCREDIBLE INDIA DAY 4 I SRINAGAR TOUR

10:15:00 PM

Day 4- 6 May 2017
Sebelum nak go into details on our itinerary, nak cerite sikit pasal peta Kashmir nie. Rasenye semue oram tau, ibu negeri Kashmir ialah di Srinagar. Untuk trip kali nie, kami cuma sempat cover area Srinagar, Pahalgam, Sonamarg, Gulmarg dan Yousmarg. Cume Pahalgam sahaja yang jauh dari Srinagar, iaitu mengambil masa kira-kira 3 jam sehala dan mempunyai banyak tempat menarik utk di explore. Sebab tula, wajib stay 1-2 nights kat Pahalgam. While, the rest, boleh ulang alik dari Srinagar jek. Tapi, selalunya akan ambil masa almost 1 day untuk berjimba di setiap tempat. 

So, setelah seronok berpony ride bagai, kami pun nak balik ke Srinagar on day 4. Kami mintak tolong Gullam untuk carikan driver hantar kami pulang ke Srinagar dengan prepaid taxi. Mulenya janji pukul 10 macam tu nak gerak. Tapi, pukul 11 xsampai-sampai lagi. Aku dah menyirap jugak sebab lari plan nie kalau lambat sampai Srinagar. Plan nya nak abeskan tour Srinagar hari nie. Lebih kurang 11.30, driver pun sampai. Rupenye, die lambat sebab ade rusuhan dekat Pahalgam oleh pemandu-pemandu taxi. Aaahh sudah, ok ke kiteorang nak lalu nie?Then, die pun cakap "Don't worry, Bhaiya here" Hahhaha okla aku tipu. Die just cakap takde ape pun. Diorg just mogok jek. Ok terus hati tenang balik. So, kami pun bergerak balik ke Srinagar dengan driver taxi yg sangat pendiam. Adoiii boringg gilerr. Walaupun emsem tapii hmmmm senyap nak matiii!!

So, sesampai di Srinagar, kami pun terus menuju ke hotel untuk check-in. Ok kat sini, aku mintak hotel untuk contact driver yg aku dah deal dari KL. Rafiq Baba namenye. Kami book dengan die selama 3 hari. Lepas die mai pickup kami, kami pun pusingla satu Srinagar. Agak serabut jugak Srinagar nie dan berdebu if nak comparekan dengan Pahalgam yang aman damai tu. Sebab tu, nak bawak budak kecik mcm xsesuai kat area sini.  

Tempat yang dilawati di Srinagar (yang aku ingat haha):  Shah Hamdan Mosque, Pari Mahal, Mughal Garden, Nishat Garden. Nie dalam 3-4 jam pun dah cukup pusing satu Srinagar. Shikara ride kat Dal Lake kami pilih hari lain sebab xnk rushin2 kat Dal Lake tu. Sesudah selesai pusing, kami dinner (xingat nama kedai) dan pulang ke hotel.

**The journey continue to next day...

Sorry dah lupe nama masjid nie. Meriahhh..

Syok kejar burung. Tapi, oram sane pandang ko pelik jekkk..

Hazratbal Shrine..

Hero hindustaniii..

Tulip Garden. Nak tengok tulip, tapi tulip takde. Huaaaa..

At one of the park in Srinagar...


Allah..

Semue park diorang bersihh sangat-sangat..

Penutup Day 4..

Budget untuk Day 4:

Pahalgam- Srinagar (prepaid taxi)= Rs 625/ pax
Srinagar Sightseeing= Rs 375/ pax
Golden View Hotel= Rs 400/ pax

Total= Rs 1,400/ pax


You Might Also Like

0 comments

THE FOLLOWERS