Overall Trip I Lombok

4:11:00 PM

Setelah sekian lama, baru aku nak buat penutup pasal trip nie kan. Sebab, still lagi tak boleh move on. Masih lagi teringat angin pantai, bunyi ombak, view laut, anjing bersepah. Eh. So, kat sini, aku concludekan budget untuk seorang walaupun aku pergi berdue. Lagi ramai, mungkin lagi murah. Tapi, mengikut budak yang aku jumpa kat Tiu Kelep tu, katanya walaupun depa 7 orang, tpi still kira ikot pax. Maknenye, xdela murah mane pun kalau ramai.

Ok. Jom summarize trip Lombok nie:


Dari segi budget, total semue termasuk tiket flight, accomodation tapi exclude shopping & makan, cuma RM 440.95. Kalau dibundarkan, jadi RM 450. Dengan berbekalkan 5 hari 4 malam, kami sempat cover Lombok Utara, Lombok Timur, Lombok Tengah dan Pulau Kenawa. Sila lihat map kami yang dah lunyai nie untuk tempat yang kami dah pergi.



Aku tak tahula kalau rate nie murah ke tak, tapi bagi aku dah kire ok dah nie. Kalau murah, mungkin sebab kami pusing Lombok naek motor. Pastu, hotel pun kami cuma dapat tidur hotel 2malam saja. Lagi 2 malam, menumpang ala2 coach surfing la sangat kan dan camping. Tapi, sebenarnya, hotel kat Indon nie memang murah sangat2. Kalau rate 130 macam tu, dah boleh dpt 3-4* dah.

Overall, Lombok nie memang banyak sangat tempat yang masih cantik dan dara lagi. Maknanya, belum tercemar lagi lah. Hahah. Aku rasa, dulu ramai anak dara kita yang lari pergi Lombok, lepas tu takmo balik dah mungkin sebab tempat yang cantik sangat nie. Tapi, aku ada borak dengan local nie. Katenye, baru2 nie jek Lombok semakin maju. Harapnye, walaupun maju, kecantikan pulau nie harap dapat dijaga lah.

Aku punya itinerary nie mungkin sesuai untuk bujang, dan couple. Kalau dah ade anak, mungkin susah cketla kan. So, aku nak bagi tips kepada sesape nak pergi Lombok:

1. Kalau nak stay 1 tempat jek, aku syorkan pergi Kuta terus. Dari airport tu, 30 minit jek nak ke Kuta. Tak payah nak pergi area Sengigi dah. Tak cantek dah situ sebab ramai sgt tourist.

2. Ayam Taliwang wajib try!!Yelah, dah p tempat oram, kenela makan signature dish depa kan.

3. Dari 1 tempat nak ke tempat lain, ambil masa 2 jam. So plan ur itinerary accordingly.

4. Tiket flite aku rasa yang masih dalam range murah bawah RM 150. Tapi, sejak Lombok nie dah glemer, mungkin tiket akan jadi lagi mahal.

5. Don't too prejudice kat local sane. Ye, memang kita selalu dengar kat sana banyak scam, tapi, alhamdulillah sepanjang kami kat sana, takde lagi kami jumpe scammers atau penipu. Ramai yang kami jumpa semuenye baik-baik sangat. Cume, kene selalu beringat untuk sentiasa berhati-hati.

Ok. Tamat sudah entry Lombok.Yang nak berlibur di Lombok tu, enjoyyyy yaa!!Yang masih berkira-kira lagi tu, tak payah pikir lama-lama. Ade tiket murah, terus grab jek!Gerenti tak menyesal. Hihi.

You Might Also Like

0 comments

THE FOLLOWERS