Lombok Bike Trip Day 2I Menumpang teduh di rumah Pak Said

3:25:00 PM

Day 2

Plan untuk hari nie nak pergi Air Terjun Sendang Gila & Tiu Kelep dan seterusnya bermalam di Pulau Kenawa. Dari Lombok Tengah- Lombok Utara- Lombok Timur. Jauhnye perjalanan. Pagi tu sambil breakfast di lobi, kami cari-carila motor untuk disewa. Awat susah sangat ntah nak call owner motor. Last sekali, kami menyewa motor di Oka Rental. Dekat sangat dengan hotel kami. Jalan lebih kurang 10 minit saja. Kami sewa untuk 3 hari terus.Bila owner tanya nak pergi mana, kami habaq pusing-pusing area sini jek. Tak berani nak cakap nak pusing satu Lombok. Kompem xbagi punyala. 

Breakfast die sedap!

Lebih kurang pukul 11pagi, baru gerak dari hotel. Agak lambat jugak. Sebab nak ke Sendang Gila ambil masa dalam 2 jam. Jalur yang perlu kami lalui dari Mataram City:

Mataram- Gunung Sari- Pusuk Monkey Forest- Tanjung- Bayan- Sendang Gila

Ade lagi satu jalan lewat Sengigi tapi lagi jauhla. So nak jimat masa kami lewat Gunung Sari. Berbukit sikit. Mujur dapat motor elok. Dengan berbekalkan map di tangan, akhirnya kami sampai. 

Peta dah naek lunyai dah.Ade backpacker laen tanya kenape xpakai waze?Krik krik krik

Pasar meriah siap keta kuda lagi.


Masuk Sempadan Lombok Utara.

Berhenti sekejap di Pusuk Monkey Forest. Kene berhati-hati ada banyak monyet kat sini.

Selamber ini monkey amik air kami, bukak sendiri pastu teguk sampai habis.Clever!!

Ade lagi 5+ km lagi nak sampai.
Oh ya. Parkir moto ada disediakan. Cuma kene bayar Rp 5,000 sahaja dan jangan risau. Aman ya. Dalam jam 1 petang kami sampai. Lepas parkir moto dan bayar duit tiket yang berharga Rp 10,000/pax kami pun masuk. Mase kat luar tu kene cekal sikit sebab nanti ramai kutu-kutu agent yang akan approach korang suruh amek guide. Tak payah amek guide pun sebab jalan semue dah ada. Tak kan sesat punyala. Dari entrance nak ke Sendang Gila tu, tak jauh pun. Dalam 10 minit saja. Kat sini tak boleh nak mandi pun. Kolamnya kecik. Kebanyakan traveller laen memang terus bergerak ke Tiu Kelep. Kami amek-amek gambar kejap pastu terus chow ke Tiu Kelep.

A sign just before the entrance. Ini tandanya sudah sampe buk.

Sendang Gila Waterfall.

Hilang penat lelah bila dah sampai. Mase nie rase sakit pingang dan buntut yang amat.

Bertingket-tingket.

Bertembung dengan geng-geng Melesia.
Lebih kurang 1 jam la nak sampai ke Tiu Kelep. Bila dah sampai Ya Allah, rase kerdil sangat. Canteknye air terjun nie. Dengan kuat, sejuk. Ishhh time-time panas camnie berendam dalam air terjun memang nikmat sangat hoi. Nak cakap pun tak dengar sebab kuat sangat bunyik air terjun die. Tapi kolam air terjun die berbatu sikit. Sakit kaki pijak lantai die. Haha. Lebih kurang sejam lebih kiteorang lepak. Tak berani nak lepak lama-lama sebab hujan agak lebat time tu.

Otw ke Tiu Kelep.

Jalan sedia ada dah.

Bestnyeeeee sejokkkkk!!!

Bagi canla sikit gambar peluk-peluk hihi.

Syoknye berendam di kala ini.

Jumpa lagi dengan budak-budak nie.

Mase nak turun balik ke bawah, terserempak dengan geng dari India. So kami follow diorang sebab depa ade guide. Kami nak try ikot terowong tu. Naseb baek follow depa sebab gelap giler kot. Memang tak nampak ape. Raba-raba jek. Mujur raba laki sendiri. Haha.

Nie terowong yang dikatakan.

Nampak Gunung Rinjani dari sini.
Kami membuat keputusan nak tidur di Pulau Kenawa malam nie.Nak ke Pulau Kenawa kena naek feri di Pelabuhan Kayangan. Dapat info dari local katenye dalam 30 minit.Rupenye salah info sudah. Yang dikatakan 30 minit tu bukan Pelabuhan tapi name tempat tu Kayangan.Tempatnye menghala ke Mataram balik. Kami terpaksa patah balik ke Bayan sebab nak ke Pelabuhan memang kene lalu Bayan. Sampai Bayan dah pukul 6petang time tu. Masa kami isi minyak, makcik pam minyak tu tak kasi kami pergi sebab katanya jalan situ sunyi. Tak elok gerak malam. Tapi, jenis bangsa degil kan nak jugak pergi.

Dalam pukul 7.30 malam, di satu persimpangan di pekan,kami bertanya jalan dengan seorang local nie. Die macam terkejut dan melarang kami pergi sebab lagi 2 jam perjalanan. Tapi, kami macam biase kata takpe, kami tengok jalan dulu. Sebenarnya, aku pun dah cuak jugak. Buatnye motor rosak,mampos. Dalam 10 minit kami jalan tu, sekali dari belakang ada motor bagi high beam pastu terus pintas kami. Rupenye pakcik tadi yang kejar kami dan terus paksa kami ikut balik rumah die. Kami pun ikut balik rumah die. Pastu terus die mengajak menginap di rumahnye. Ya Allah, mase nie aku rasa bersyukur sangat sebab ditemukan dengan local yang sangat baik. Siap kemas hall lagi, bentang tikar untuk kami tidur. Rupenye, pakcik tu ialah ketua kampung situ. Patutla busi semacam, ramai oram datang ngadu masalah. Pak Said dan isteri siap jamu makan, bersihkan kolah. 1st time aku dapat rasa pergi toilet kat luar malam-malam. Haha.

We found this place accidentally. Cantek kan. Somewhere at Lombok Utara.
Gigih letak camera atas motor.
Alas perut dulu makan murtabak kentang.
Di persimpangan sinila tempat kami bertemu Pak Said.
Our Saviour. Pak Said dan keluarga. Tak termasuk baju merah.Hiks.
 

Budget untuk Day 2:

Sewa motor di Oka Rental. Contact no: (0370) 622406= Rp 70k/day x 3= Rp 210k
Parkir motor di Sendang Gila= Rp 5k
Entrance Fee Sendang Gila= Rp 10k/pax
Petrol= Rp 15k

Total: Rp 125,000/pax

You Might Also Like

0 comments

THE FOLLOWERS