Lombok Bike Trip Day 3I Bermalam di Pulau Kenawa

3:12:00 PM

Day 3

Lepas breakfast di rumah Pak Said, minum kopi Lombok hihi kami pun bergerak ke Lombok Timur iaitu Pelabuhan Kayangan lebih kurang jam 8 pagi. Tapi, setelah meneliti map, kami nak singgah dulu di Gili Lampu. Gili Lampu tu sebenarnya jeti. Tempat menyeberangan untuk ke Gili Kapal, Gili Bidara, Gili Kondo dan Gili Petagan. Nak ke Pulau Kenawa pun boleh dari sini tapi sewa boatnye mahal bangat. Dalam sejam lebih perjalanan kami pun sampai. Sepanjang perjalanan nak ke Lombok Timur tu memang sunyi jarang ade penempatan. Patutla Pak Said berkeras tak bagi kami gerak malam tu gak. Tapi,pemandangan memang cantek. Layan view beb. 

Ada lalu tepi pantai, lalu tepi Rinjani.
Parkir motor pun disediakan. Free ya. Jangan risau ada signboard tulis Gili Lampu sebelah kiri tapi kene alert sedikit sebab signboardnye kecik. Lepas beli tiket dan puas tawar menawar, kami simpan beg kat situ dan gerak. Pagi tu cuma kami berdua jek ade kat Jeti. Mungkin sebab hari Isnin kot tak ramai oram. Terpaksala charter 1 boat ala private boat la kan hihi. Harga satu boat untuk 2 Gili ialah Rp 300k. Kami cuma ambil Gili Kapal dan Gili Bidara saje. Sebab kejar masa dan budget.

Tempat penjualan tiket.Sila tawar menawar selagi boleh.

Owner tempat. Baik oramnye.

Gili Lampu.

Pertama sekali, kami menuju ke Gili Kapal. Gili Kapal nie uniknya sebab sampai jam 2 petang jek die kelihatan. Lepas tu, bila air pasang, dah tak nampak. Die cam permatang pasir. Masa kami sampai, agak kotor jugak sebab sampah semue dok longgok atas pasir tu. Lepak kejap amek gambar, kami menuju ke Gili Bidara. Kata guide, Gili Bidara paling best untuk snorkeling. Di Gili Bidara juga, cuma kami sahaja atas pulau. Gili Bidara pun tak besar mana. Kira mcm private pulau jugakla. Haih sumela private kami dapat. Hahaa.

Private boat beb.Mampuu kau?hahaa.

Penuh kayu-kayu berlonggok atas pasir.

Gili Kapal yang unik.

Monopod kami rare. Hahaha.

My Man.
Welcome to Gili Bidara.

#followmeto

Perfect place & time to eat Maggie. Hihi.

Bercanda di pesisiran pantai.

Snorkeling time. Dah lama tak snorkeling rase xselesa.

Ok jugak coralnye. Mungkin kalau pergi ke tengah lagi, lagi cantek.

Lepas snorkeling, guide kami belanja satu kerang besaq. Katenye kerang nie tak boleh bawa keluar dari Lombok. Dilindungi katenye. Kami check kat KL, harga kerang tu 100lebih untuk 100g. Mahai bak ang. Rezeki kami la dapat merasa kerang besaq. Rebus dan makan camtu jek. Tekak aku tak bole nak terime sangat hahaha.

Guide aka boatmen.

Kerang besaq sebelum direbus.
Lepas habis makan, kami pun balik ke daratan. Siap-siap mandi semue, kami pun bergerak ke Pelabuhan Kayangan. Dari Gili Lampu, tak jauh dah. Dalam 15-30 minit saja. Sebelum sampai ke Pelabuhan, kami terjumpa dengan satu tempat wisata. Tempat pokok purba. Nak amek gambar sat pun kene bayar Rp 5k. So, alang-alang dah kene bayar, kami pun pulunla amek kan. 

Tempat Wisata Pokok Purba.

Besarrr giler kot pokoknye.

Kami.
Sebelum sampai di Pelabuhan, kami singgah makan jap. Agak sukar juga mencari makan. Yela kalau boleh nakla cari kedai yang elok sikit. Kang keracunan mampos nak cari toilet. Lepas pusing-pusing jumpalah kami warung makan tepi jalan. Nampak elok ja. Kami makan gulai kambing dan satay kuda. Katenye boleh kuat mcm kuda lepas makan. Hahaa.

Gulai Kambing. Bole tahanla.Cair sikit kuahnye.

Satay Kuda. Liat hoi.
Kedai Makan Jogjakarta.Tapi, di Lombok.
Lepas perut kenyang, kami pun menuju ke Pelabuhan Kayangan. Ade option samaada nak bawak sekali motor naek feri atau tinggalkan di Pelabuhan. Kami parkir motor di Pelabuhan sebab tak tau lagi keadaan kat sane camne. At least sini ade tempat selamat dah nak parkir moto. Tiket naek feri cuma Rp 18k seorang. Dalam jam 5.30 petang feri pun bergerak ke Pelabuhan Poto Tano di Sumbawa. Mengambil masa perjalanan 2jam. Pulau Kenawa nie terletak di Nusa Tenggara Timur. Dari Sumbawa, kene menaiki boat ke Pulau Kenawa. Feri di Kayangan nie run daily 24/7. Merupakan pengangkutan utama masyarakat Nusa Tenggara Timur (NTT) nak ke pulau Lombok. Dalam perjalanan tu, sempatla layan sunset dalam feri. Masya Allah canteknya langit time tu. Senja nan merah kau.

Tiket feri pun cantek.

Pelabuhan Kayangan, Lombok Timur.

Feri ke Pelabuhan Poto Tano, Sumbawa.

Senja Nan Merah.
Sampai di Pelabuhan Poto Tano, kami hubungi Ibu Satullah. Nombor nie boatmen kami di Gili Lampu yang bagi. So far inila yang paling murah kami jumpa. Dalam 20minit saja nak ke Pulau Kenawa. Dalam perjalanan, ade insiden boat kami berlanggar dengan boat sebelah. Naseb baek tak terbalik. Aku dah cuak dah. Dalah gelap pastu tak pakai life jacket. Mampos aku. Sampai di Kenawa, dalam pukul 8.30 malam. Kami pacak khemah, pasang unggun api, masak megi dan tidur. Jangan risau kat Kenawa ade toilet tapi berbayarla. Haha. Rupenye Ibu Satullah dan suami nie duduk di Pulau Kenawa. Depala yang dok bersihkan Pulau Kenawa tu.

Malam di Pulau Kenawa. Subhanallah cantek sungguh.
Budget untuk Day 3:

Boat ke Gili Kapal & Bidara= Rp 150k/pax
Sewa snorkeling gear= Rp 15k/pax
Feri ke Pelabuhan Poto Tano= Rp 18k/pax
Boat ke Pulau Kenawa, Ibu Satullah (087-863832257)= Rp 100k/pax

Total: Rp 283,000/pax

You Might Also Like

0 comments

THE FOLLOWERS