INCREDIBLE INDIA DAY 1 I KE INDIA KE KITA?

12:58:00 AM

Day 1- 3 May 2017

Passport check! Rupees check! Visa?? Check!! Ok boleh fly dah.

Nak masuk India kene ada visa. Kami apply visa 2 minggu sebelum berangkat. Visa 3 hari dah boleh siap. Boleh isi online dulu kemudian pergi ke India Visa Centre di KL. Sebelum kami nak pergi buat visa nie, kecoh sekejap visa India naek harga. Bukan sikit tp 2x ganda jugak. Dah berbakul-bakul makian, barulah diorang betulkan balik statement. Katanya yang naik harga tu untuk 6 bulan stay. Kalau yang biasa tu, maintain harga. Naseb baik. kalau tak, kami dah nak p mogok depan embassy. Hahaa.

Sehari sebelum nak fly tu, tetiba aku mengalami sakit kepala dan mabuk-mabuk. Aduh. Stress mak kalau kat sana still sakit kepala. Rosak plan. Alhamdulillah, on that day, aku dah kembali sihat. Flight kami dari KL ke Delhi pukul 7 malam. Dan flight Raha dan Siti pukul 5.30 petang dengan Malindo. Oh ya, kali ni trip ini disertai oleh 2 orang rakan aku iaitu Raha dan Siti. Soram mak orang dan soram lagi anak dara. So cuma seorang jela jejaka idaman malaya yang ikot. 

Sampai di Indira Gandhi Airport pada pukul 10 malam. Perjalanan cuma mengambil masa selama 5 jam. Masa di India lambat 2 jam dari Malaysia. Walaupun 2jam, tetap rasa jetlagged. Hahaha poyo gila nk jugak jetlagged kan.

Sampai dah di Indiaaaaa!!

Trademark bila sampai di India. Raha kata sini tak dibenarkan ambil gambar. Hmm.

The restroom.

Kami dah berjanji dengan Raha dan Siti nak jumpa di luar Airport. Dalah dua-dua tak roaming. Janji macam dua-dua dah pernah sampai India tu hahha. Tapi, bila keluar jek dari airport terus nampak muka diorang. Kami decide nak tidur di Airport jek sebab flight ke Srinagar pukul 5.40 pagi esoknya dengan menaiki Go Air. So domestic flight ialah di Terminal 1D. Untuk ke terminal nie, free shuttle bus was provided di luar airport. So kami pun naekla bas tu ke terminal 1D. 

Sebenarnya kami ada terbaca di blog-blog mengatakan passengers was only allowed to check in into Terminal 1D 5 hours before departure. Tapi kami buat muka kering jek cuba nasib. We are so lucky. So tidurlah malam tu di surau di airport. Tu pun taklah tidur sangat. 

Government car. Classic kan?!!

Tempat cucuh api.

Keluar jek dari airport terus pakai mask. Berdebuuu.

Tamat sudah Day 1 walaupun agak tergantung. Kita tunggu next post untuk hari esoknye ye.

Budget untuk Day 1:

Transportation= Rs 0
Hotel= Rs 0

Total: Rs 0/pax


You Might Also Like

0 comments

THE FOLLOWERS